Thursday, November 25, 2010

Jiran...

Assalamualaikum...

Esok, aku akan berpindah rumah...Tapi selang bape rumah jer.Sebab aku terpaksa berpindah?.Tuan rumah nak masuk balik rumah tuh.So, ape aku nak buat..dah tu mmg rumah dia..Aku sebenarnya suka dok kat rumah sekarang ni sebab aku ada jiran yang baik...

Jiran aku nih sorang OKU..Al-kisahnya cuti sekolah nih adik bongsu aku datang rumah..
Semalam disebabkan kemalasan aku nak masak..so aku ajak dia pegi pasar malam je la..On da way balik tu adik aku bercerita la.Petang tadi masa dia tido ternampak kelibat orang ambik baju kat pagar rumah aku...disangkakan itu pencuri.Rupanya pakcik (jiran) tolong angkatkan baju sebab hujan..nasib baik xsergah..huhuuuuuuu.dah la tengah mamai..kalu x...mesti malukan...hahhaha...

Setibanya aku kat rumah, pintu rumah pulok rosak...jenuh aku try...xbole jugak...Lastly hubby kol soh mntak tolong pakcik sebelah jugak...adoiiii..ingatkan aku nak jadi mek giber jer ngan adik aku...tp memandangkan dah maghrib dan hujan..aku pun tebalkan muka mintak tolong jiran sebelah...

Nasib baik le anak dia nak bantu..Beberapa minit kemudian dengan macho anak laki dia datang tolong. Cuba buka pintu guna kad...ehhhh teringat plak masa kat U dulu kalu tertinggal kunci...mesti wat camni ar (sebab kalu mintak ngan admin nanti kena denda)...Disebabkan susah sangat nak buka...aku pun soh pecahkan je tombol tu.Sebab hujan makin lebat..anak2 lak sibuk je nak main hujan..pastu belom solat maghrib lagi...Susah jugak yer nak mencuri nih...aku nak pecahkan tombol pun xreti..hahhah..
Hampir 7.40 malam baru ler pintu rumah aku boleh buka..tapi xleh tutup...hahahah...aku sendal jer ngan benda berat kat belakang pintu...sib baik org xtau...huhuuu....

Anyway much thnks to jiran sebelah sebab dah banyak tolong aku n family...Nanti dah jadi jiran jauh dah lepas nih..

Sunday, November 14, 2010

Pergi Tak Kembali

Assalamualaikum..

Hari nih sedang syok-syok layan lagu Maher Zain, tetiba terselit pulak lagu dari kumpulan Rabbani "Pergi Tak Kembali".Lantas aku teringatkan tetang kematianku nanti..Bila? Dimana?....Fuhhhh...Seram....Ya Allah matikanlah aku dalam keadaan Islam. Al maklumlah dunia akhir jamannn...

Rasulullah SAW berpesan :
"Bersegeralah kamu melakukan amalan soleh kerana akan datang kepad a umatku di suatu masa, satu fitnah yang begitu besar yang datangnya seperti satu kepingan hitam di malam gelap gelita tak nampak". Sahabat bertanya "Apakah fitnah besar itu ya Rasullullah?" "Fitnah itu adalah kamu akan lihat umatku di hari itu, di waktu itu,pada masa itu, pagi hari Islam, petang kafir. Petang Islam, pagi kafir balik." Sahabat bertanya lagi. "Mengapa begitu ya Rasullullah?" Rasullullah SAW menjawab, ?Sebab dia jual agamanya dengan nilai dunia".

Jadi samalah kita berdoa agar dimatikan dalam ISLAM...

Surah Yusuf 101


Apa bekalan untuk dibawa kesana?..

Muhammad Rasulullah SAW telah bersabda :
"Apabila mati anak Adam, putuslah semua amalannya kecuali tiga perkara: Sedekah jariah, ilmu yang dimanfaatkan atau anak soleh yang mendoakannya."

Jadi untuk bekalan berterusan disana nanti..aku mestilah jadi ibu mithali kepada anak-anaku yang soleh dan solehah.Disamping mendidik anak dengan ilmu yang bermanfaat,aku kena menjadi contoh yang terdekat untuk mereka.Contoh yang terbaik hanya ada pada Rasulullah.Disamping itu,sebagai ibu aku kena juga mendoakan mereka.

Rasulullah pernah bersabda;
Tiga jenis doa yang pasti akan dikabul, tanpa diragui lagi: doa orang yang dizalimi, doa orang yang sedang dalam perjalanan (musafir) dan doa orang tua ke atas anaknya.

Doa Anak Soleh

Surah Al-Baqarah ayat 128


Surah Ali-Imran ayat 38


Surah As-Saafat ayat 100


Surah Ibrahim ayat 40



Doa Anak yang soleh untuk Mama&Papa

Surah Ibrahim ayat 41