Assalamualaikum
Senduduk Putih? Nape tetiba je aku teringat pasal Senduduk Putih.Rupanya aku teringat masa pegi beraya kat rumah kakak aku, aku ternampak ada pokok senduduk putih kat rumah dia.Tapi bila aku tanya kegunaan pokok tu dia tak tau.(Sebab mak mertua dia yang tanam).Senduduk putih memang susah nak ditemui berbanding senduduk ungu.Bila teringat kat Senduduk Putih,aku tanya la lyd kot dia tau. Jawapan dia mudah je.Tanya pakcik google.
Mengenai Senduduk Putih :
Panggilan Manja: Senduduk Putih
Nama Saintifik: Melastoma malabathricum
Nama Saintifik: Melastoma malabathricum (jumpa depan kakak aku)
Famili: Melastomataceae
Petua dan Kegunaan Senduduk Putih
Mengembalikan kecergasan badan terutamanya selepas bersalin : Daun + mengkudu, serai wangi, pandan, limau & air panas. Mandi teresat 3 pagi selepas bersalin.
Luka dalaman selepas bersalin : Daun tua. Tumbuk & tapis. Minum airnya.
Bisa ulat bulu : Daun. Tumbuk & tampal di bahagian yang kena ulat bulu.
Cirit-birit, berak berdarah & buasir : Daun. Rebus. Minum air rebusan.
Parut pelentong, cacar air & bertih : Daun. Tumbuk & tampal.
Keputihan : Daun (kering) + halia, gula & bonglai. Rebus. Minum (suam)
Lepas bersalin : Akar (kering) + ramuan lain. Rebus & minum air rebusan.
Buasir : Akar (saiz jari kelingking). Rebus + 3 cawan air, tinggal 1 cawan. Minum air rebusan.
Darah tinggi & diabetes : Pucuk muda – makan.
Blackspot & bekas kudis di muka : Bunga - Gosok.
Pendarahan luka kecil : Daun. Kunyah & tampal pada luka.
Melembutkan daging & jering cambah : Daun. Masukkan dalam rebusan.
Gigitan binatang bisa : Daun. Kunyah & tampal.
Awet muda : Bunga. Makan 1 kuntum sehari selama 40 hari.(Mesti cuba)
Sakit sendi : Daun. Jadikan jus & minum 3 kali sehari.
Ubat kuat : Daun + tongkat ali, beras. Masak nasi & makan.
Senggugut, Sakit perut, Diarrhoea : Daun
Dysentery : Daun
Leucorrhoea, Haemorrhoids, Sakit gigi : Akar
Ulcer : Daun
Batuk yang lama: Bunga
Penyakit kulit, Arthritis, Rheumatism, Sakit belakang, Keracunan : Daun, buah, biji & akar. Rebus & minum air rebusan
Aku rasa ada banyak lagi kegunaannya. InsyaAllah aku akan tanam pokok tu..Untuk suami tersayang nanti tolong la tanam yer...