Thursday, November 25, 2010

Jiran...

Assalamualaikum...

Esok, aku akan berpindah rumah...Tapi selang bape rumah jer.Sebab aku terpaksa berpindah?.Tuan rumah nak masuk balik rumah tuh.So, ape aku nak buat..dah tu mmg rumah dia..Aku sebenarnya suka dok kat rumah sekarang ni sebab aku ada jiran yang baik...

Jiran aku nih sorang OKU..Al-kisahnya cuti sekolah nih adik bongsu aku datang rumah..
Semalam disebabkan kemalasan aku nak masak..so aku ajak dia pegi pasar malam je la..On da way balik tu adik aku bercerita la.Petang tadi masa dia tido ternampak kelibat orang ambik baju kat pagar rumah aku...disangkakan itu pencuri.Rupanya pakcik (jiran) tolong angkatkan baju sebab hujan..nasib baik xsergah..huhuuuuuuu.dah la tengah mamai..kalu x...mesti malukan...hahhaha...

Setibanya aku kat rumah, pintu rumah pulok rosak...jenuh aku try...xbole jugak...Lastly hubby kol soh mntak tolong pakcik sebelah jugak...adoiiii..ingatkan aku nak jadi mek giber jer ngan adik aku...tp memandangkan dah maghrib dan hujan..aku pun tebalkan muka mintak tolong jiran sebelah...

Nasib baik le anak dia nak bantu..Beberapa minit kemudian dengan macho anak laki dia datang tolong. Cuba buka pintu guna kad...ehhhh teringat plak masa kat U dulu kalu tertinggal kunci...mesti wat camni ar (sebab kalu mintak ngan admin nanti kena denda)...Disebabkan susah sangat nak buka...aku pun soh pecahkan je tombol tu.Sebab hujan makin lebat..anak2 lak sibuk je nak main hujan..pastu belom solat maghrib lagi...Susah jugak yer nak mencuri nih...aku nak pecahkan tombol pun xreti..hahhah..
Hampir 7.40 malam baru ler pintu rumah aku boleh buka..tapi xleh tutup...hahahah...aku sendal jer ngan benda berat kat belakang pintu...sib baik org xtau...huhuuu....

Anyway much thnks to jiran sebelah sebab dah banyak tolong aku n family...Nanti dah jadi jiran jauh dah lepas nih..

Sunday, November 14, 2010

Pergi Tak Kembali

Assalamualaikum..

Hari nih sedang syok-syok layan lagu Maher Zain, tetiba terselit pulak lagu dari kumpulan Rabbani "Pergi Tak Kembali".Lantas aku teringatkan tetang kematianku nanti..Bila? Dimana?....Fuhhhh...Seram....Ya Allah matikanlah aku dalam keadaan Islam. Al maklumlah dunia akhir jamannn...

Rasulullah SAW berpesan :
"Bersegeralah kamu melakukan amalan soleh kerana akan datang kepad a umatku di suatu masa, satu fitnah yang begitu besar yang datangnya seperti satu kepingan hitam di malam gelap gelita tak nampak". Sahabat bertanya "Apakah fitnah besar itu ya Rasullullah?" "Fitnah itu adalah kamu akan lihat umatku di hari itu, di waktu itu,pada masa itu, pagi hari Islam, petang kafir. Petang Islam, pagi kafir balik." Sahabat bertanya lagi. "Mengapa begitu ya Rasullullah?" Rasullullah SAW menjawab, ?Sebab dia jual agamanya dengan nilai dunia".

Jadi samalah kita berdoa agar dimatikan dalam ISLAM...

Surah Yusuf 101


Apa bekalan untuk dibawa kesana?..

Muhammad Rasulullah SAW telah bersabda :
"Apabila mati anak Adam, putuslah semua amalannya kecuali tiga perkara: Sedekah jariah, ilmu yang dimanfaatkan atau anak soleh yang mendoakannya."

Jadi untuk bekalan berterusan disana nanti..aku mestilah jadi ibu mithali kepada anak-anaku yang soleh dan solehah.Disamping mendidik anak dengan ilmu yang bermanfaat,aku kena menjadi contoh yang terdekat untuk mereka.Contoh yang terbaik hanya ada pada Rasulullah.Disamping itu,sebagai ibu aku kena juga mendoakan mereka.

Rasulullah pernah bersabda;
Tiga jenis doa yang pasti akan dikabul, tanpa diragui lagi: doa orang yang dizalimi, doa orang yang sedang dalam perjalanan (musafir) dan doa orang tua ke atas anaknya.

Doa Anak Soleh

Surah Al-Baqarah ayat 128


Surah Ali-Imran ayat 38


Surah As-Saafat ayat 100


Surah Ibrahim ayat 40



Doa Anak yang soleh untuk Mama&Papa

Surah Ibrahim ayat 41

Wednesday, October 6, 2010

Senduduk Putih

Assalamualaikum




Senduduk Putih?
Nape tetiba je aku teringat pasal Senduduk Putih.Rupanya aku teringat masa pegi beraya kat rumah kakak aku, aku ternampak ada pokok senduduk putih kat rumah dia.Tapi bila aku tanya kegunaan pokok tu dia tak tau.(Sebab mak mertua dia yang tanam).Senduduk putih memang susah nak ditemui berbanding senduduk ungu.Bila teringat kat Senduduk Putih,aku tanya la lyd kot dia tau. Jawapan dia mudah je.Tanya pakcik google.


Mengenai Senduduk Putih :

Panggilan Manja: Senduduk Putih

Nama Saintifik: Melastoma malabathricum

Nama Saintifik: Melastoma malabathricum (jumpa depan kakak aku)

Famili: Melastomataceae


Petua dan Kegunaan Senduduk Putih


Mengembalikan kecergasan badan terutamanya selepas bersalin : Daun + mengkudu, serai wangi, pandan, limau & air panas. Mandi teresat 3 pagi selepas bersalin.

Luka dalaman selepas bersalin : Daun tua. Tumbuk & tapis. Minum airnya.

Bisa ulat bulu : Daun. Tumbuk & tampal di bahagian yang kena ulat bulu.

Cirit-birit, berak berdarah & buasir : Daun. Rebus. Minum air rebusan.

Parut pelentong, cacar air & bertih : Daun. Tumbuk & tampal.

Keputihan : Daun (kering) + halia, gula & bonglai. Rebus. Minum (suam)

Lepas bersalin : Akar (kering) + ramuan lain. Rebus & minum air rebusan.

Buasir : Akar (saiz jari kelingking). Rebus + 3 cawan air, tinggal 1 cawan. Minum air rebusan.

Darah tinggi & diabetes : Pucuk muda – makan.

Blackspot & bekas kudis di muka : Bunga - Gosok.

Pendarahan luka kecil : Daun. Kunyah & tampal pada luka.

Melembutkan daging & jering cambah : Daun. Masukkan dalam rebusan.

Gigitan binatang bisa : Daun. Kunyah & tampal.

Awet muda : Bunga. Makan 1 kuntum sehari selama 40 hari.(Mesti cuba)

Sakit sendi : Daun. Jadikan jus & minum 3 kali sehari.

Ubat kuat : Daun + tongkat ali, beras. Masak nasi & makan.

Senggugut, Sakit perut, Diarrhoea : Daun

Dysentery : Daun

Leucorrhoea, Haemorrhoids, Sakit gigi : Akar

Ulcer : Daun

Batuk yang lama: Bunga

Penyakit kulit, Arthritis, Rheumatism, Sakit belakang, Keracunan : Daun, buah, biji & akar. Rebus & minum air rebusan


Aku rasa ada banyak lagi kegunaannya. InsyaAllah aku akan tanam pokok tu..Untuk suami tersayang nanti tolong la tanam yer...

Thursday, August 19, 2010

Oh AmBuLaN...

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera


Hari ni aku dtg lambat lagi dan ini dah kali ke-3 untuk minggu nih....nape ler aku xperform pada bulan yang mulia nih ....next week aku masuk keja waktu normal...harap2xde la lambat lagi...kalu tak..terpaksa ler aku kena ngadap en Z untuk mintak tandatangan....siap kena letak reason lagi...tp biasa ler kalu reason yang jujur biasanyer ada pihak yang xleh terima..huhuuuuuuuu...betul tak?

Aku ni sebenarnye nak cakap pasal fobia...aku baru perasan yang aku ni fobia bunyi AmBuLan. Nape?Pelik ker?Tapi tu ler hakikatnya.




Fobia aku bermula sejak aku temankan arwah Ma(Semoga roh ma berada dikalangan orang beriman) yang masa tu sangat tenat dan xsedarkan diri ke Spital USM menaiki Ambulan. Aku xnak cerita keadaan dan perasaan lam Ambulan tu.Tp aku berterima kasih kat pakcik drebar Ambulan dan kawannya tu yang sangat baik dan dengan kepakarannya dia sempat bawak arwak Ma sampai ke Spital.Hehehe sejak ari tu, aku jadi fobia je kalu dengar siren Ambulan.Aku mesti teringat waktu tuh.

Pagi tadi masa on da way datang keja aku terserempak plak dengan ambulan.Masa tu kat tol batu 9. Dan Papa(hubby) aku terpaksa follow je Ambulan tu sampai le jalan Loke Yew.Huhuu...Aku lak nangis je sepanjang perjalanan tuh.Tak tahan dengar siren tu.Teringat kat arwah Ma(Semoga roh ma berada dikalangan orang beriman. Sampai je opis, masa salam tuh dia ckp dah agak dah...mesti nangis heheheh.Dan ini bukan kali pertama..biru kuning muka aku sbb malu.Pastu masa nak masuk opis, jumpa plak dengan budak Kg Baru...huhuuuu...malu sebab muka baru lepas nangis...

Itu jek...pape pun aku dah berjaya update blog aku lepas intro ari tuh...heeee

Tuesday, July 27, 2010

Today....

Hari ni nak cuba berblog sebab tiap ari asyik dok baca blog salida ngan budak aatif jek...huhuuuuuu