Wednesday, October 6, 2010

Senduduk Putih

Assalamualaikum




Senduduk Putih?
Nape tetiba je aku teringat pasal Senduduk Putih.Rupanya aku teringat masa pegi beraya kat rumah kakak aku, aku ternampak ada pokok senduduk putih kat rumah dia.Tapi bila aku tanya kegunaan pokok tu dia tak tau.(Sebab mak mertua dia yang tanam).Senduduk putih memang susah nak ditemui berbanding senduduk ungu.Bila teringat kat Senduduk Putih,aku tanya la lyd kot dia tau. Jawapan dia mudah je.Tanya pakcik google.


Mengenai Senduduk Putih :

Panggilan Manja: Senduduk Putih

Nama Saintifik: Melastoma malabathricum

Nama Saintifik: Melastoma malabathricum (jumpa depan kakak aku)

Famili: Melastomataceae


Petua dan Kegunaan Senduduk Putih


Mengembalikan kecergasan badan terutamanya selepas bersalin : Daun + mengkudu, serai wangi, pandan, limau & air panas. Mandi teresat 3 pagi selepas bersalin.

Luka dalaman selepas bersalin : Daun tua. Tumbuk & tapis. Minum airnya.

Bisa ulat bulu : Daun. Tumbuk & tampal di bahagian yang kena ulat bulu.

Cirit-birit, berak berdarah & buasir : Daun. Rebus. Minum air rebusan.

Parut pelentong, cacar air & bertih : Daun. Tumbuk & tampal.

Keputihan : Daun (kering) + halia, gula & bonglai. Rebus. Minum (suam)

Lepas bersalin : Akar (kering) + ramuan lain. Rebus & minum air rebusan.

Buasir : Akar (saiz jari kelingking). Rebus + 3 cawan air, tinggal 1 cawan. Minum air rebusan.

Darah tinggi & diabetes : Pucuk muda – makan.

Blackspot & bekas kudis di muka : Bunga - Gosok.

Pendarahan luka kecil : Daun. Kunyah & tampal pada luka.

Melembutkan daging & jering cambah : Daun. Masukkan dalam rebusan.

Gigitan binatang bisa : Daun. Kunyah & tampal.

Awet muda : Bunga. Makan 1 kuntum sehari selama 40 hari.(Mesti cuba)

Sakit sendi : Daun. Jadikan jus & minum 3 kali sehari.

Ubat kuat : Daun + tongkat ali, beras. Masak nasi & makan.

Senggugut, Sakit perut, Diarrhoea : Daun

Dysentery : Daun

Leucorrhoea, Haemorrhoids, Sakit gigi : Akar

Ulcer : Daun

Batuk yang lama: Bunga

Penyakit kulit, Arthritis, Rheumatism, Sakit belakang, Keracunan : Daun, buah, biji & akar. Rebus & minum air rebusan


Aku rasa ada banyak lagi kegunaannya. InsyaAllah aku akan tanam pokok tu..Untuk suami tersayang nanti tolong la tanam yer...

2 comments:

  1. eh? bukan kata "InsyaAllah aku akan tanam pokok tu"..?Nape mintak suami tersayang tolong tanam lak? kihkikihkih

    ReplyDelete
  2. amboiiii...perasan jek statement yang last tuh...ape kata abaikan ayat yang last skali...baca sampai "InsyaAllah aku akan tanam pokok tu" jer..pastu pejam mata jek...

    ReplyDelete